
Kor Pasukan Kadet Polis SMK Sayong, Kuala Kangsar telah dirancang untuk penubuhan bermula sejak tahun 2009. Segala urusan dokumentasi diperingkat awalnya telah diuruskan melalui Bahagian Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar. Perancangan awalnya adalah untuk menubuhkan 1 platun lelaki kadet polis. Namun begitu sambutan luar biasa di terima menyebabkan 1 lagi platun perempuan kadet polis diwujudkan. Diperingkat awal penubuhan seramai 34 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan dipilih melalui temuduga. Cikgu Mohd Zaid b. Abu Othman (Guru Kaunseling Cemerlang) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pasukan.
Sehingga kini segala urusan berjalan lancar dan diyakini dengan penubuhan Kor Pasukan Kadet Polis ini matlamat membentuk 'disiplin' di kalangan pelajar SMK Sayong akan menjadi realiti. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak.... diyakini... impian mampu membuka sejarah gemilang.

No comments:
Post a Comment